Sabtu, 06 Juli 2013

TASAWUF SUFI MENURUT IMAM MADZAB



☼ ☼ ☼ ☼


IMAM ABU HANIFA :

Seorang ahli fikir Hanafi, Al Hasfaki radiyaLlahu 'anhu penulis kitab al-Durr al Mukhtar telah mengutip;
Bahawa Abu Ali ad Daqqaq radiyaLlahu 'anhu berkata:
Saya telah mengambil thariqat ini dari Abu al Qasim anNasr Abadi radiyaLLahu 'anhu ,
beliau berkata; Saya mengambilnya dari as Syibili dari as Saqathi dari Ma'ruf al Kharkhi,
dari Daud ath Tho'i dan beliau mengambil ilmu sekaligus thariqat
dari Imam Abu Hanifah radiyaLlahu'anhu.

Setiap dari mereka memuji dan mengakui keutamaan Imam Abu Hanifah radiyaLlahu 'anhu.
Kemudian Imam al Hasfaki berpendapat :
"Sungguh aneh sekali..!
Bukankah para pembesar ulama itu sebagai teladanmu?
Apakah mereka diragukan pengakuan kebanggaannya?
Sedang mereka adalah para imam Thariqat ini sekaligus tokoh syari'ah (fiqh) dan thariqat
(tasawwuf), dan tokoh yang datang setelahnya dalam perkara ini adalah para pengikutnya, dan
setiap orang yang bertolak belakang dengan apa yang mereka pegang itu ditolak dan dianggap bid'ah.

→ AbduLlah bin al Mubarak radiyaLlahu 'anhu berkata:
"Tidak seorangpun yang lebih patut menjadi ikutan selain Imam Abu Hanifah kerana beliau
sebagai seorang imam yang bertaqwa, bersih, wara', 'alim dan faqih, beliau telah dibukakan kasyaf, faham, kecerdasan dan ketaqwaan yang tidak ada pada orang lain.

→ Imam Nawawi mengatakan kepada seorang yang bercerita kepadanya ;
Aku telah datang dari Imam Abu Hanifah, beliau mengatakan:
"Engkau telah datang dari penduduk bumi yang sangat ahli ibadah.
Daripada sinilah kita dapat mengetahui bahwa para Imam Mujtahid dan ulama yang 'amilin mereka itu sebenarnya adalah ORANG-ORANG SUFI"
(Hasyiyah Ibn Abidin m/s 395-396)


IMAM MALIK

Imam Malik berkata :
"Barangsiapa yang memahami fiqh tanpa bertasawwuf maka fasiq, dan barangsiapa yang bertasawwuf tanpa memahami fiqh maka zindiq, dan barangsiapa yang telah menghimpun antara keduanya bererti ia telah merealisasikan kebenaran.
(Hasyiyah Allamah al Adawi, Sheikh Ali al Adawi jilid 3 m/s 195)


IMAM ASY- SYAFIE

Imam Asy Syafie berkata
" Saya telah suhbah dengan kaum Shufi selama 10 tahun, kemudian hanya mendapatkan pelajaran
dua huruf , dalam satu riwayat tiga ungkapan :

1] Waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak menggunakannya maka ia akan menebasmu.
2] Nafsumu jika tidak kau sibukkan dengan yang haq (benar), maka ia menyibukkanmu dengan bathil (salah).
3] Rasa ketiadaan daya (merasakan wujud kebesaran Allah) itu keselamatan (terpelihara) dirimu.
(Tahqiq Haqiqah Aliyah, Sheikh al Hafiz Al Suyuti, m/s 15)

Berkata Imam Syafi'e lagi:
Aku cinta kepada dunia kalian itu tiga :
→ Tidak berlebih-lebihan (sederhana)
→ Bergaul kepada orang dengan lemah lembut.
Meneladani cara tokoh-tokoh tasawwuf.
(Kasyful Khafa', Imam Al Ajluni, jld 1, m/s 341)


IMAM HAMBALI :

Pada awalnya sebelum Imam Ahmad bersuhbah (bersahabat) kepada orang shufi berkata kepada puteranya :
"Wahai puteraku berpeganglah kepada Hadith, jauhilah mereka yang menamakan dirinya sufi, kerana boleh salah satu daripada mereka itu seorang yang bodoh terhadap hukum-hukum agama."

Namun ketika beliau telah bersuhbah dengan Abu Hamzah al Baghdadi as Sufi dan mengetahui keadaan mereka, beliau berkata kepada puteranya:
"Wahai puteraku, engkau harus bermujalasah (duduk bersama-sama) dengan kaum sufi, kerana mereka telah menambahkan ilmu, muraqqabah, takut kepada Allah, zuhud dan ketinggian semangat kita"
(Kasyful Khafa', Imam al Ajluni, jld 1, m/s 341)

→ Telah berkata Imam Muhammad as Safaraini al Hanbali daripada Ibrahim bin AbduLlah al Qalansi ;
Bahawa Imam Ahmad telah berkata tentang kaum Sufi ;
"Aku tidak mengetahui orang yang lebih utama daripada mereka (sufi).
Lalu ditanyakan; Mereka itu melantunkan nasyid, kemudian saling hanyut diri.
Beliau menjawab :
"Biarkan mereka bergembira sesaat bersama ALlah subahanahu wa ta'ala".
(Manzumatul Adab, jilid 1 m/s 120)

Imam madzab adalah orang-orang sufi tasawuf ,bagaimana bisa dikatakan sufi itu sesat

Berkata Imam al hakim:

ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻗﺎﻝ ﻟﻘﺪ
ﻛﺎﻥ ﺃﺻﺤﺎﺏ ﺍﻟﻀﻔﺔ ﺳﺒﻌﻴﻦ ﺭﺟﻼ ﻣﺎ ﻟﻬﻢ
ﺃﺭﺩﻳﺔ
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺤﺎﻛﻢ : ﺗﺄﻣﻠﺖ ﻫﺬﻩ ﺍﻻﺧﺒﺎﺭ ﺍﻟﻮﺍﺭﺩﺓ
ﻓﻰ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺼﻔﺔ ﻓﻮﺟﺪﺗﻬﻢ ﻣﻦ ﺃﻛﺎﺑﺮ
ﺍﻟﺼﺤﺎﺑﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻢ ﻭﺭﻋﺎ ﻭﺗﻮﻛﻼ
ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ ﻭﻣﻼﺯﻣﺔ ﻟﺨﺪﻣﺔ ﺍﻟﻠﻪ
ﻭﺭﺳﻮﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺍﺧﺘﺎﺭﻩ
ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻟﻬﻢ ﻣﺎ ﺍﺧﺘﺎﺭﻩ ﻟﻨﺒﻴﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ
ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﻤﺴﻜﻨﺔ ﻭﺍﻟﻔﻘﺮ
ﻭﺍﻟﺘﻀﺮﻉ ﻟﻌﺒﺎﺩﺓ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ ﻭﺗﺮﻙ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ
ﻷﻫﻠﻬﺎ . ﻭﻫﻢ ﺍﻟﻄﺎﺋﻔﺔ ﺍﻟﻤﻨﺘﻤﻴﺔ ﺍﻟﻴﻬﻢ
ﺍﻟﺼﻮﻓﻴﺔ ﻗﺮﻧﺎ ﺑﻌﺪ ﻗﺮﻥ ﻓﻤﻦ ﺟﺮﻯ ﻋﻠﻰ
ﺳﻨﺘﻬﻢ ﻭﺻﺒﺮﻫﻢ ﻋﻠﻰ ﺗﺮﻙ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻭﺍﻻﻧﺲ
ﺑﺎﻟﻔﻘﺮ ﻭﺗﺮﻙ ﺍﻟﺘﻌﺮﺽ ﻟﻠﺴﻮﺀﺍﻝ ﻓﻬﻢ ﻓﻰ
ﻛﻞ ﻋﺼﺮ ﺑﺄﻫﻞ ﺍﻟﺼﻔﺔ ﻣﻘﺘﺪﻭﻥ ﻭﻋﻠﻰ
ﺧﺎﻟﻘﻬﻢ ﻣﺘﻮﻛﻠﻮﻥ


Dari abu hurairah RA, beliau berkata: sungguh ahlus suffah itu sebanyak tujuh puluh orang tidak
ada satupun diantara mereka yang mempunyai selendang.
- Imam Al hakim berkata: aku telah mengkaji dengan seksama
tentang hadits hadits yang menjelaskan tentang ahlus suffah,
maka aku menemukan mereka terdiri dari pembesar sahabat dalam hal wara' tawakal kepada
Alloh azza wajalla dan dalam hal menetapi untuk berkhidmah
kepada Alloh dan RosulNya SAW,
Alloh telah memilih bagi mereka satu sifat yang di pilihkan kepada nabinya yang berupa sifat miskin,
faqir, rendah diri dalam beribadah kepada Alloh azza wajalla dan meninggalkan urusan dunia, mereka adalah golongan yang dimana PARA SUFI telah dinisbatkan kepada mereka dalam tiap masa ke masa.
Maka barangsiapa yang menjalani amalan mereka dan kesabaran mereka atas meninggalkan duniawi dan merasa senang dengan kefaqiran dan meninggalkan meminta minta maka orang orang itu berarti
mengikuti ahlus suffah dan tawakal kepada pencipta mereka [Alloh]
(Al mustadrak 3/18. Keterangan hadits ke: 4292).
☼ Dan Soheh menurut imam dzahabi

Al hakim juga berkata:

ﻭﺍﻟﺼﻮﻓﻴﺔ ﻃﺎﺋﻔﺔ ﻣﻦ ﻃﻮﺍﺋﻒ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ
ﻓﻤﻨﻬﻢ ﺃﺧﻴﺎﺭ ﻭﻣﻨﻬﻢ ﺃﺷﺮﺍﺭ . ﻻ ﻛﻤﺎ
ﻳﺘﻮﻫﻤﻪ ﺭﻋﺎﻉ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻭﻋﻮﺍﻣﻬﻢ . ﻭﻟﻮ
ﻋﻠﻤﻮﺍ ﻣﺤﻞ ﺍﻟﻄﺒﻘﺔ ﺍﻷﻭﻟﻰ ﻣﻨﻬﻢ ﻣﻦ
ﺍﻹﺳﻼﻡ ﻭﻗﺮﺑﻬﻢ ﻣﻦ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ
ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻷﻣﺴﻜﻮﺍ ﻋﻦ ﻛﺜﻴﺮ ﻣﻦ
ﺍﻟﻮﻗﻴﻌﺔ ﻓﻴﻬﻢ


Dan kaum sufi itu merupakan salah satu golongan dari golongan golongan kaum muslimin, ada di antara mereka orang-orang baik, ada juga orang-orang jelek, bukan seperti yang disangkakan manusia-manusia rendah dan orang awam, dan andaikan mereka tahu akan kedudukan periode pertama dari para sufi itu di dalam islam, dan dekatnya mereka dengan Rosululloh SAW, niscaya mereka akan diam dari melecehkan para sufi itu.
(Al mustadrak: 3/18 ,ketangan hadits ke 4294).




  • Imam an Nawawi

    Imam an Nawawi berkata dalam kitabnya al Maqasid :
    Prinsip asas Thariqat Tasawwuf itu ada lima :

    1] Taqwa kepada Allah di saat sendiri dan bersama orang ramai.
    - Untuk merealisasikan ketaqwaan ini adalah dengan menanamkan
    sifat wara' dan istiqamah.

    2] Mengikuti sunnah dalam perkataan dan perbuatan.
    - Untuk merealisasikannya dengan menjaga (sunnah) dan berakhlaq mulia.

    3] Berpaling dari makhluk di saat bersama dan berpisah (maksudnya hatinya hanya bergantung kepada Allah dalam susah dan senang).
    - Untuk merealisasikannya dengan menanamkan sabar dan tawakkal.

    4]Redha kepada Allah kepada yang sedikit dan banyak.
    - Untuk merealisasikan redha kepada Allah dengan menanamkan
    akhlaq qana'ah dan menyerah diri (tafwidh)

    5] Kembali kepada Allah dalam susah dan senang.
    - Dan merealisasikannnya dengan memanjatkan puja dan puji dan syukur
    kepada Allah apabila mengalami kesenangan dan sabar serta mengadu kepada Allah apabila dalam kesulitan.
    (Maqasid al Imam an
    Nawawi fi at Tauhid wa al Ibadah wa Usul at Tasawwuf m/s 20)

Ibnu Taimiyah


ﻭَﺃَﻣَّﺎ ﺃَﺋِﻤَّﺔُ ﺍﻟﺼُّﻮﻓِﻴَّﺔِ ﻭَﺍﻟْﻤَﺸَﺎﻳِﺦُ

ﺍﻟْﻤَﺸْﻬُﻮﺭُﻭﻥَ ﻣِﻦْ ﺍﻟْﻘُﺪَﻣَﺎﺀِ : ﻣِﺜْﻞُ ﺍﻟْﺠُﻨَﻴْﺪ
ﺑْﻦِ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﺃَﺗْﺒَﺎﻋِﻪِ ﻭَﻣِﺜْﻞُ ﺍﻟﺸَّﻴْﺦِ ﻋَﺒْﺪِ

ﺍﻟْﻘَﺎﺩِﺭِ ﻭَﺃَﻣْﺜَﺎﻟِﻪِ ﻓَﻬَﺆُﻟَﺎﺀِ ﻣِﻦْ ﺃَﻋْﻈَﻢِ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ
ﻟُﺰُﻭﻣًﺎ ﻟِﻠْﺄَﻣْﺮِ ﻭَﺍﻟﻨَّﻬْﻲِ ﻭَﺗَﻮْﺻِﻴَﺔً ﺑِﺎﺗِّﺒَﺎﻉِ ﺫَﻟِﻚَ

"Adapun para imam Sufi dan para Syaikh yg dulu dikenal luas, seperti Imam Junaid bin Muhammad beserta
pengikutnya, Syaikh Abdul Qadir al-Jailani serta lainnya. Maka, mereka adalah orang-orang yg paling teguh dlm melaksanakan perintah dan larangan Allah swt
(Majmu' Fatawa Karya Ibnu Taimiah jilid 10 ; hal.507)




Tidak ada komentar:

Posting Komentar