Senin, 22 Juli 2013

IMAM ABU HANIFAH TOLAK AKIDAH SESAT ” ALLAH BERSEMAYAM /DUDUK/ BERTEMPAT ATAS ARASY

ALLAH ADA TANPA TEMPAT DAN ARAH


SAMPUL KITAB





Demikian dibawah ini teks terjemahan nas Imam Abu Hanifah dalam hal tersebut
( Rujuk kitab asal sepertimana yang telah di scan di atas) :

Berkata Imam Abu Hanifah :
”Dan kami ( ulama Islam ) mengakui bahawa Allah ta’al ber istawa atas Arasy tanpa Dia memerlukan kepada Arasy dan Dia tidak bertetap di atas Arasy, Dialah menjaga Arasy dan selain Arasy tanpa memerlukan Arasy, sekiranya dikatakan Allah memerlukan kepada yang lain sudah pasti Dia tidak mampu mencipta Allah ini dan tidak mampu mentadbirnya sepeti jua makhluk-makhluk, kalaulah Allah memerlukan sifat duduk dan bertempat maka sebelum dicipta Arasy dimanakah Dia? Maha suci Allah dari yang demikian”.

Tamat terjemahan daripada kenyatan Imam Abu Hanifah dari kitab Wasiat beliau.

Amat jelas di atas bahwa akidah ulama Salaf sebenarnya yang telah dinyatakan oleh Imam Abu Hanifah adalah menafikan sifat bersemayam (duduk) Allah di atas Arasy.
kalaulah Allah memerlukan sifat duduk dan bertempat maka sebelum dicipta Arasy dimanakah Dia?
Maha suci Allah dari yang demikian.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar